Kerjaya Pilihan Saya
Setiap individu mempunyai cita-cita atau impian
masing-masing. Setiap individu mengimpikan segala impian mereka tercapai. Saya
juga mempunyai impian. Pelbagai impian yang telah saya sematkan di dalam lubuk
hati saya ini dan antaranya ialah impian dalam aspek kerjaya saya.
Kerjaya pilihan saya ialah untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya. Walaupun kini saya mengambil ijazah di dalam Pengurusan
Hal Ehwal Antarabangsa, namun matlamat sebenar saya adalah untuk menjadi
usahawan seperti ibu saya. Walaupun kerjaya pilihan saya ini dilihat agak
bertentangan dengan jurusan yang saya ikuti, namun ini bukan alasannya saya
tidak boleh menjadi seorang usahawan. Bagi saya, pelajaran adalah untuk ilmu
dan bukannya untuk kerjaya. Tidak semestinya kita mesti memilih kerjaya yang
berkaitan dengan ijazah yang kita miliki.
Saya memilih kerjaya sebagai usahawan kerana bagi
saya kerjaya ini memberikan kebebasan kepada saya. Ini bermaksud saya boleh
mengendalikan sesuatu mengikut acuan saya sendiri. Saya juga memilih kerjaya
ini kerana bagi saya kerjaya ini boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan
kepada saya jika saya berjaya menguruskan perniagaan saya dengan baik. Namun
matlamat utama saya untuk menceburi bidang keusahawanan ini bukanlah semata-mata
untuk wang ringgit sahaja tetapi untuk kepuasan diri saya sendiri.
Saya menjadikan ibu saya sebagai idola dan guru
kepada saya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Segala tunjuk-ajar dan
nasihat beliau telah menjadi pendorong kepada saya untuk merealalisasikan
impian saya.
Kesimpulannya saya memilih bidang keusahawanan
sebagai kerjaya pilihan saya. Saya berharap saya akan lebih kuat dan berani
untuk menempuh segala dugaan dan cabaran yang mendatang, Insyaallah.
Join M.L.M pun OK jugakkan....... J
Nice
ReplyDelete